Diari Semasa

Minggu Pertama

Saya dapat banyak maklumat tentang virus2, sebab2 berlaku virus tersebut dan sebagainya...

Masalah teknikal tidak sering berlaku tetapi pernah berlaku.. contohnya link internet tiba2 lembab dengan sendirinya dan internet connection mempunyai masalah..

saya menyelesaikan masalah itu dengan metutup plug internet kemudian on kan nya balik.. mcm refresh lah..

Saya tidak menghadapi sebarang masalah semasa menjalankan blog bioclass setakat ini...

Aktiviti setakat ini agak mencabar kerana saya harus memikirkan bagaimana masalah2 yang dinyatakan dalam aktiviti tersebut boleh berlaku...

Saya berjaya menghasilkan tugasan pada minggu ini... saya menyelesaikannya dengan merujuk kepada page2 internet tertentu untuk maklumat lanjut...saya juga menghasilkan tugasan pada minggu ini dengan membuat pelan bagaimana untuk menyelesaikan masalah tersebut...

Aktiviti pada minggu ini memotivasikan saya untuk mempelajari sains dengan lebih lanjut... ini adalah untuk mengelakkan virus yang berbahaya atau mencegahnya dan mengambil langkah berjaga2...



Minggu Kedua

Pada minggu kedua ini, saya dapat belajar tentang kebaikan dan keburukan klon. Saya juga dapat pelajari bahawa klon bukan lah satu2 nya cara untuk menyelamatkan haiwan terancam seperti beruang matahari tersebut.

 Setakat ini, saya tidak mengalami sebarang masalah teknikal.

-

Masalah ketika menjalankan blog bioclass adalah, saya perlu berfikir dengan lebih kreatif dan kritis.. saya juga mesti berpengetahuan untuk menyiapkan blog ni.

Saya mencari maklumat2 berkaitan dengan klon, dan maklumat tentang pemburuan haram dan akibat2 nya. serta hukuman apa yang patut di terima oleh pelaku.

Aktiviti pada kali ini tidak begitu mencabar kerana saya sudah mempunyai pengetahuan tentang klon. semestinya klon bukan lah jalan penyelesaian untuk masalah beruang panda ini. 

Saya berjaya menyelesaikan tugasan pada aktiviti kali ini dengan baik. Saya menghasilkan nya dengan membuat poster yang saya edit sendiri., dan idea juga idea yang dikeluarkan oleh saya sendiri.

Aktiviti pada kali ini sangat memotivasikan saya untuk mempelajari sains. kerana, jika kita tidak mempelajari sains dgn betul, dan tidak tahu apakah kesan2 pengklonan, pasti kita akan menggunakan kaedah klon terhadap beruang pada, which is not cool.


Minggu Ketiga

Pada minggu ini pula, saya dapat belajar tentang clorine. alat pengukurnya, cara2 mengukur clorine dan kanser juga boleh disebabkan oleh clorine yang berlebihan.

Terdapat pelbagai masalah teknikal yang berlaku ketika saya ingin membuat dan menyiapkan aktiviti ini. Cable telephone rumah saya kena potong dan automatically internet di rumah saya pon tidak berfungsi lah.

Saya menyelesaikan masalah ini, dengan pergi ke rumah kawan saya untuk menyiapkan aktiviti ini.

Saya juga menghadapi masalah ketika menjalankan aktiviti ini. Masalah saya ialah, saya tidak mempunyai idea untuk tulis satu perkataan pon sebab maybe blur sangat masa tu. 

Tetapi, saya cuba juga untuk memerah otak dan mengeluarkan apa saja idea yang ada, walaupun tidak seberapa. Kawan saya juga membantu untuk menyelesaikan aktiviti pada minggu ini.

Aktiviti pada minggu ini sangat mencabar minda saya kerana saya tidak pernah menjawab soalan sebegini sebelum ini. Saya juga rasa ianya mencabar kerana saya perlu meletakkan posisi saya seperti scientist yg sebenar, untuk mengkaji masalah yang dihadapi oleh penduduk Taman Indah Subang Jaya.

Akhirnya saya berjaya juga menyiapkan tugasan pada minggu ini, walaupun tidak seberapa. Saya menghasilkannya atas dasar pertolongan kawan saya. 

Minggu kali ini sememangnya memberikan motivasi yang amat tinggi kepada saya untuk belajar lebih mendalam tentang science. Jika saya belajar lebih dalam lagi, saya dapat menggunakan chlorine dengan betul, dan saya dapat menyelamatkan penduduk daripada menjadi mangsa.


Minggu Keempat

Saya dapat pelajari banyak benda pada minggu ini. Saya dapat pelajari tentang penyakit2 yang mampu menyerang pokok2 mangga dan tentang akibat yang terjadi jika perkara tersebut terjadi. Saya juga dapat pelajari bahawa dusun yang bermasalah juga dapat diselamatkan.

Masalah teknikal yang saya hadapi, seperti biasa lah, internet lembab. tapi nak buat macam mana.

Saya refresh balik internet tu, then dia okay balik.

Pada minggu ini, masalah saya hanyalah mencari maklumat. mencari maklumat sememangnya sukar bagi saya, kerana saya perlu memastikan bahawa maklumat2 tersebut adalah benar dan tepat.

saya tidak berputus asa untuk mencari maklumat2 tersebut. saya buka semua web, dan cari, manakah maklumat yang berkaitan dengan soalan, iaitu tentang penyakit yang dihadapi oleh pokok mangga di dusunnya dan cara untuk menyelamatkan dusun Pak Ismail.

Saya rasa aktiviti pada minggu ini mencabar minda saya, kerana saya perlu memikirkan sendiri langkah2 bagi menyelamatkan dusun pak ismail. Saya juga kena kenalpasti masalah yang pak ismail hadapi.

Saya berjaya menghasilkan tugasan pada minggu ini dengan membuka semua laman web tentang penyakit2 yang mampu menyerang buah mangga dan analisis jawapannya.

Aktiviti pada kali ini sangat memotivasikan saya untuk belajar lebih lanjut tentang science. sbb kalau saya tahu lebih lanjut tentang science, pasti saya akan dapat menyelesaikan dengan cara yang lebih baik dan ladang pak ismail tak akan diserang oleh serangan perosak lagi. Ianya juga memotivasikan saya kerana saya dapat tahu lebih lanjut tentang serangan perosak, dan cara2 untuk membanterasnya, serta jika saya ingin membuka dusun sendiri, pengetahuan ini pasti berguna bagi saya.


Minggu Kelima

Pada minggu ini, saya dapat pelajari tentang cara2 untuk mengawal penyebaran virus pembunuh, yang telah menyerang penduduk di negeri pantai timur.

Saya tidak menghadapi sebarang masalah teknikal ketika menjalankan aktiviti pada kali ini.

-

Masalah yang saya hadapi ketika menjalankan aktiviti pada minggu ini, adalah saya tidak mempunyai idea yang bernas untuk menjawab soalan2 yang diberikan.

Saya meminta bantuan dari rakan sekelas, dan juga guru2 untuk bertanyakan dengan lebih lanjut.

Aktiviti pada kali ini agak mencabar kerana jawapannya memerlukan pemikiran yang kreatif dan kritis.

Saya berjaya menghasilkan aktiviti pada kali ini. walaupun agak susah, tetapi saya tetap try dan bersabar.

Aktiviti pada kali ini memberikan motivasi kepada saya untuk belajar lebih lajut tentang science. Jika saya belajar science dgn lebih lanjut, jika masalah yang sama di pantai timur terjadi kepada tempat saya, saya mungkin dapat menggunakan pengetahuan science saya untuk menyelamatkan keadaan.



Minggu Keenam

Pada minggu ini, saya dapat belajar tentang mutasi, sebab2nya, punca2nya dan akibatnya jika perkara tersebut merebak kepada organisma-organisma seperti manusia, mahupun haiwan.

Saya tidak mempunyai sebarang masalah teknikal pada minggu ini.

-

Masalah yang dihadapi ialah, soalannya terlalu mencabar bagi saya. Saya tidak mempunyai pengetahuan dan apa-apa idea tentang Mutasi. Oleh kerana itu, agak sukar bagi saya untuk menjawab soalan pada minggu ini.

Saya menyelesaikan masalah dengan bertanyakan kepada guru saya dan rakan rakan saya dengan lebih lanjut tentang mutasi2 dan tentang gajah2 di zaman purba.

Aktiviti pada kali ini terlalu mencabar bagi saya. Kerana saya tidak mempunyai pengetahuan tentang Mutasi. Mencari maklumat tentang mutasi juga agak sukar kerana maklumat-maklumat yang saya cari, agak tidak jelas. 

Saya berjaya menghasilkan blog pada minggu ini. Saya menghasilkannya dengan bantuan rakan2 saya dan bantuan guru saya yang banyak memberikan maklumat tentang mutasi.

Aktiviti pada kali ini memberikan motivasi saya untuk belajar lebih lanjut tentang science. Kalau saya belajar cara yang lebih lanjut tentang science, pasti perkara2 yang tidak diingini seperti mutasi dapat dielakkan dengan baik.