Wednesday 19 September 2012

Serangan Virus Pembunuh Baru


anda di beri pilihan:
1) Menghapuskan virus pembunuh ini?
atau
2) Mengawal penyebaran virus pembunuh ini?

Saya akan memilih untuk mengawal penyebaran virus pembunuh ini, kerana ianya akan lebih mudah dilakukan berbanding menghapuskan virus pembunuh itu terus ..

Langkah mengawal virus ini adalah dengan :-

1. Pihak berkuasa hendaklah membuat kempen kebaikan menjaga kesihatan, supaya orang ramai tahu cara-cara yang betul untuk mengelak virus ini daripada terus merebak dan supaya mereka lebih alert dengan keadaan sekeliling yang merbahaya.

2. Pihak yang bertanggungjawab hendaklah membuat pemantauan dan meningkatkan tahap kebersihan tandas dan mengenakan denda kepada pengguna tandas yang tidak bertanggungjawab.

3. Pihak media massa juga memainkan peranan.. mereka hendaklah menunjukkan cara-cara yang betul untuk mengawal virus ini daripada merebak, dan mereka hendaklah sentiasa mengingatkan orang ramai tentang keburukan virus H180 ini dan menyatakan bagaimana virus ini boleh tersebar..

4.  Orang ramai juga hendaklah membawa hand sanitizer kemana-mana sahaja, dan memakai nya setiap kali hendak memegang sesuatu barang.

5. Orang ramai tidak boleh pergi ke tempat awam dan tempat yang mempunyai ramai orang untuk mengelakkan virus ini tersebar melalui udara.. jika terpaksa juga, mereka hendaklah memaikan mask atau topeng untuk langkah berjaga2.

6. memandangkan virus ini tersebar melalui cecair badan, orang ramai tidak boleh berkongsi makanan atau minuman dan kerana enzyme juga boleh merebak melalui cara ini. Mereka juga tidak boleh berkongsi barangan mandi seperti berus gigi, tuala dan lain2.

No comments:

Post a Comment